Kuala Besut - Terletak di sempadan negeri Kelantan dan Terengganu, walaupun Kuala Besut berada di daerah negeri Terengganu akan tetapi semua penduduk disini berdialek "Kelantan"
Kuala Besut ialah "Jetty" utama untuk ke "Perhentian Island", di sini terdapat pelbagai kemudahan lain seperti gerai makan atau kedai makan dengan harga yang berpatutan, juga dilengkapi dengan hotel yang bertaraf rendah serta penginapan "Backpacker"
Di tengah bandar ini terdapat juga "stesen bus express" dan kemudahan "Taxi", juga kenali sebagai kereta sewa bagi penduduk setempat. Kuala Besut ialah jetty utama samada untuk ke Perhentian Island dan ia menjadi pelabuhan utama bagi para nelayan.
Walaupun bandar Kuala Besut tidak mempunyai bangunan yang tinggi menjakau langit dan bersaiz kecil, namun keindahan dan kebersihan kawasan sekeliling amat memuaskan. Jika anda berada di Kuala Besut, jangan lepaskan peluang untuk makan malam di sebuah restoran (kedai makan) yang terletak di tepi muara sambil ditiup angin malam yang cukup menyegarkan.
Sekiranya anda bercadang untuk ke Perhentian Island menggunakan kenderaan sendiri ia tidak menjadi masalah kerana di Kuala Besut menyediakan tempat parkir kereta khas untuk pengunjung yang bercadang bermalam di Perhentian Island atau pun "Day Trip", Ticket jualan motorboat boleh didapati di counter penjualan ticket atau melalui "Travel Agent" yang berada disekitar Jetty Kuala Besut.
No comments:
Post a Comment