Di tengah-tengah daerah Holland Park, hotel terletak 10 minit dari pusat beli-belah Westfield London. Hotel berada beberapa blok dari stesen Bawah Tanah Shepherd's Bush, menghubungkan ke pusat bandar London, dan Istana serta Taman Kensington.Di hotel inilah tempat aku mengindap pada suatu ketika dahulu, semasa mengambil cuti untuk bersiar-siar di Kota London. Sudah menjadi kebiasaan aku setiap kali bertandang ke ke Kota London, aku akan berjalan kaki ke "Picadilly Circus" jarak berjalan agak jauh akan tetapi tak terasa kejauhan perjalanan kerana kerana asik leka melihat suasana yang indah di Kota London.
Tak terasa keletihan kerana cuaca memang selalu dingin, malah tidak berpeluh pon, Program aku simple sahaja bila lepak-lepak di kota ini, hanya duduk di meja cafe sambil meneguk secawan kopi panas dalam suasana cuaca dingin terasa segar dan semangat jiwa meningkat,
Pada kebiasaanya aku akan keluar waktu pagi dan pulang setelah malam tiba sebelom singgah makan malam di restaurant Italy menjamu hidangan pasta (spaghetti) kegemaran ku. Restaurant tersebut terletak di Holborn Street, tak jauh dari Hilton Kensington London. "Standard" layanan cafe disini sama agaknya baik agaknya, setiap kali sebelom hidangan / pesanan sampai kita akan dijamu terlebih dahulu dengan roti / baquette bersama minyak zaitun.
Dari segi kebersihan bukan sahaja Hilton Hotel Kensington tapi ditepi jalan, lorong-lorong kesemua kelihatan bersih beserta cuaca yang sentiasa dingin walaupon musim dimusim panas. "Breakfast" di Hotel Hilton cukup bagi ku dengan mengambil semangkuk Cereal, jus dan pastry kerana takut nak makan "omlette atau scramble egg" manalah tau tidak halal bagi ku yang beragam "Islam".
Sama juga kalau menjamu pasta aku lebih suka membuat pesanan pasta seafood atau olio-olio sahaja, yang penting memang sedap-sedap masakan original italy.
Kenapa Aku Suka Lepak Di Picadilly
Sudah pastinya keramaian manusia disini menampilkan peragaan mereka dengan cantik dan pelbagai fashion, ada pertunjukan "street entertainment" cafe shop terdapat banyak ditepi jalan atau lorong, tidak dibenarkan kenderaan besar melalui di jalan ini malah hampir kesemua jalan tempat keramaian dan tarikan tiada kenderaan boleh lalu.
Umph, setiap detik setiap hari bauan wangi akan senang sentiasa dihidu yang dipakai oleh masyarakat disini, menambahkan suasana cukup harmoni, tenang aman damai tanpa ganguan. (bayangkan anda berada di Kuala Lumpur, asal duduk makan ja akan ada lori sampah lalu) tapi tidak di Kota London.
read more.. "Hilton London Kensington"